Buku Matematik Beserta Video Jawapan

Matematik Era Digital

BUKUVIDEO

Cetak Buku > Tonton Video > Salin Jawapan

- Ibarat Belajar 1 to 1 Dengan Guru Peribadi -

Kalau laju, boleh pause.. Kalau tak faham, boleh ulang..

SILA PILIH TINGKATAN ANDA

KELEBIHAN BELAJAR DENGAN BUKUVIDEO

MUDAH FAHAM

Mendengar & melihat penerangan berulang kali memang diperlukan bagi topik yang sukar.

KAWALAN PENUH

Belajar dengan kadar kecepatan sendiri, tak perlu kejar atau tunggu yang lain.

TIDAK MEMENATKAN

Satu soalan, satu video. Membantu konsentrasi & fokus.

FLEKSIBEL

Boleh belajar bila-bila masa, di mana sahaja tanpa terikat dengan jadual.

BILAKAH BUKUVIDEO HENDAK DIGUNAKAN?

Jika anda tidak faham semasa belajar di sekolah tadi, ulang semula dengan BUKUVIDEO serta merta agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran seterusnya.

Jika anda tidak tahu cara menjawab soalan dalam mana-mana buku, cari soalan yang sama dalam BUKUVIDEO, tonton videonya dan cuba jawab kembali soalan tadi.

Sebagai latihan tambahan bagi menguji kefahaman. Soalan BUKUVIDEO merangkumi semua aras. Jika anda boleh menjawabnya, anda dianggap benar-benar faham.

Risaukan silibus tidak habis? Dengan BUKUVIDEO, anda boleh belajar bab akan datang mendahului rakan-rakan lain. Setiap bab boleh diselesaikan sepantas 3 hari sahaja.

Menjelang peperiksaan, BUKUVIDEO adalah bahan ulang kaji terbaik kerana ia dibina berorientasikan peperiksaan.

Add Your Heading Text Here

CONTOH VIDEO PEMBELAJARAN

CIKGU AZIZUL AHMAD

Matematik ialah subjek yang mempunyai kesinambungan di antara topik-topiknya. Jika seseorang pelajar tidak menguasai sesuatu topik, maka topik akan datang yang berkaitan dengannya pasti bermasalah. Inilah punca utama mengapa pelajar merasakan subjek ini terlalu sukar. Tambahan pula silibus yang sangat banyak, semua orang terkejar-kejar nak menghabiskannya. Belum sempat faham, cikgu dah ubah ke topik lain pula.

Inilah mengapa Cikgu Azizul mewujudkan portal ini. Bagi pelajar yang tidak menguasai topik yang lepas, di sinilah dia boleh mengulang semula pembelajarannya. Pelajar boleh belajar dengan kadar kelajuan masing-masing. Manakala bagi pelajar yang proaktif, di sini juga dia boleh belajar sendiri topik mendatang mendahului rakan-rakannya yang lain di kelas.

Dengan pengalaman hampir 25 tahun, Cikgu Azizul menyusun semula silibus buku teks & mencipta pelbagai inovasi pengajaran, membuatkan matematik ini mudah untuk difahami. Pada masa yang sama masih mengikuti dan menepati skop & skema peperiksaan. Bukunya digunapakai lebih 500 buah sekolah seluruh Malaysia. Kini semua soalan di dalam buku tersebut divideokan jawapannya.

TESTIMONI GURU DAN PELAJAR TENTANG
BUKU & VIDEO OLEH CIKGU AZIZUL AHMAD

(Klik pada gambar untuk lihat lebih dekat)

SEKOLAH
& TUISYEN

BUKU
VIDEO

FAHAM,

INGAT,

CEMERLANG

Bukuvideo adalah pelengkap kepada proses pembelajaran.
Menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin.

Q & A BUKUVIDEO

Apakah subjek yang ada?

Matematik untuk Tingkatan 1 hingga 3 dan Matematik Moden Ting 4 & 5 sahaja.
Subjek lain akan datang.

Tidak. Semua produk berbentuk softcopy sahaja. Pelajar perlu muat turun buku & cetaknya sendiri. Kemudian tonton video di website ini.

Tidak boleh. Video hanya boleh ditonton jika ada talian internet sahaja.

Tidak. Semua video dirakam satu demi satu mengikut soalannya. Videonya di”shoot” & di”edit” dan dinilai berulang kali sehingga yakin pelajar boleh memahami penerangannya. 

Kebanyakan video secara puratanya berdurasi 3 minit sahaja. Ini kerana satu video adalah untuk satu soalan sahaja. Pelajar mudah untuk mencari video bagi soalan yang dikehendakinya. 

Boleh komen pada video tersebut & tunggu respond daripada Cikgu Azizul

Bab yang tidak lengkap akan dimasukkan secara berperingkat.

Pembelian secara berkumpulan akan mendapat diskaun sehingga 90%. Sila hubungi Cikgu Azizul.